Monday, 15 November 2010

Masa Sudah Suntuk...Kesayanganku Akan Pergi...

membilang waktu yang ada
seringkali membuatkan nafasku tersekat.
seringkali menghentikan denyutan nadiku.
harus bagaimana kiranya, aku mahu mendepani semua ini..
tatkala tiada lagi cinta mahu digapai..
tatkala tiada lagi rindu mahu disemai..
masa sudah suntuk..kesayanganku akan pergi..
pergi jauh dari diriku..
mahu dihalang, aku tidak bisa..
halangan yang ada sukar ditempuh..
kerna aku, bukan si jahat..
yang mahu lihat orang lain derita..
walau aku pernah mencuri waktu,
menumpang kasih..maafkan aku..
masa sudah suntuk..kesayanganku akan pergi..
aku masih cuba untuk melepaskan dia..
dari hidupku,dari hatiku..
maafkan aku, andai aku tidak bisa..
kerna aku mohon waktu, biar hilangnya derita itu..
derita menginginkanmu...